Selamat berpuasa kepada sahabat handai, yang jauh di mata or yg dekat di sebelah rumah. :P. Semoga puasa kita kali ini, bukan lah puasa terakhir kita.
Had a very interesting conversation dgn seseorang semalam. sambil test2 telekung warna kelabu, keluarlah soalan.."Eh, bolehke pakai telekung lain dari kaler putih, bukanke putih itu sunat?"
Maka, mulut cik kiah yg xde insurance ni cepat je jawab, abih..mak arab yg solat pakai jubah hitam tu macam mana? x kan x dapat pahala sunat? HAHAHHAHA...
So, the main question here, adakah x boleh pakai tudung berwarna selain putih? atau tudung sulam bunga kaler2? Jadi macam mana makcik2 yang solat pakai telekung putih, kain batik kaler2?
Sebagai seorang yang masih mendalami betapa mudahnya islam, cik kiah ingat syarat sah solat
1.Telah masuk waktu
2. Menutup aurat
3. Mengadap kiblat
4. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
5. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Jadi, apakah menutup aurat? aurat wanita cuma muka dan tapak tangan sahaja. Pakailah warna apapun, janji cuma nampak muka dan tapak tangan. Islam itu mudah, kenapa harus meng-complicate-kan? Kemudahan yang mampu diguna pakai dalam kehidupan harian. Mungkin kalau kat rumah, kita ada byk masa nak bersiap2, berbedak dan berwangian nak mengadap Allah, jadi apa salahnya memakai pakaian terbaik yang kita mampu pakai untuk mengadap Pencipta. Ala...beli baju Ed Hardy sebulan skali mampu..stakat telekung nak tukar hari-hari..apalah sangat, kan? Kalau travel, pun masih mudah. x perlu pun usung telekung, janji menutupi aurat. ada yang cuma bawak stokin bersih.
Rationalnya sangat senang, jika seorang individu, yang x mampu hidup mewah, yakni nak tukar baju baru sebulan skali pun x mampu, pastinya cuma mampu memakai pakaian seadanya. jadi x mustahil, cara menutup aurat pun different. mungkin ada yg balut badan cuma dgn kain pelekat? guni?.Yang penting, MENUTUP AURAT.
Tuntutan menutup aurat juga termasuk TIDAK JARANG. Definasi tidak jarang adalah x nampak warna kulit. So kalau agak pakai baju chiffon then pakai inner nampak bentuk badan...jarang x? hahahha. Or pakai telekung smayang kain lace..dalam tu pakai baju tido je...jarang x? or pakai jubah putih, dalam pakai spender koyak...jarang? atau tak?
HAHHAHA.
So? Kesimpulannya?
Islam itu mudah. Untuk Lelaki & Wanita. Banyak persoalan yang dibincangkan boleh di cari dalam http://www.iluvislam.com/
Dan sebagai hiburan pada hari pertama Ramadhan (selain google resepi)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.